Thursday, August 5, 2010

Bola-bola Sahabat

Sahabat yg tulus adalah sahabat yg hadir menghulurkn 'tangan' ketika kita berduka dan kehilangan kata-kata. 

Sahabat yg baik tidak berbicara tentang keaiban seorg sahabat, dan seikhlas-ikhlas sahabat adalah mereka yang menjaga aib sahabat yg lain dan b'sama-sama mengubah ke arah kebaikan dgn redha Allah s.w.t.  

Sahabat yg hatinya tulus bukan saja hadir ketika kita di dlm kesempurnaan tapi juga kelemahan dan kekurangan kita. Apatah lagi berprasangka sesama sendiri itu jauh sekali. 

Setulus-tulus sahabat ialah mereka yg bukan sekadar berkongsi cerita gembira dan impian tapi pahit dan manis yg dilalui. 

Sebenar-benar sahabat adalah sahabat yg membimbing, mendengar dan mengkritik, serta menyedarkan kita bahawa kita milik Allah Yang Esa. Mereka inilah di gelar SAHABAT.

Jom sama-sama menjadi seorg SAHABAT.

Sunday, August 1, 2010

Kenapa bila hati gembira dan tenang, berita itu yang aku dapat.

Kenapa bila hati seronok sangat dan bahagia bersama keluarga, panggilan itu yang ku dapat.

Kenapa  di saat Ramadhan yang bakal tiba, tuntutan dunia datang tanpa dipinta dan angan-angan aku untuk 'spend time' betul-betul bulan mulia itu sedikit sebanyak ada kesannya. Hmm, Wani cakap ''Dugaan =pahala..jadi terima la dengan hati yang terbuka''

Zone selesa ini semakin pergi meninggalkan aku. 

Dalam hati aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah tapi mampukah aku memikul tanggungjawab dan amanah yang di beri. Itu persoalannya sejak 3 hari yang lepas.

Kata-kata peransang dan semangat dari kawan-kawan rapat sedikit sebanyak mengubah pendirian aku dan dengan tekad, aku akan buat yang terbaik.

Berakhirla kehidupan penganggur yang sangat best !
Abah cakap, tangani perasaan takut dan tidak yakin dengan satu percubaan berani dan sungguh-sungguh. I will.




Salam Ramadhan.

tak sabar nak tunggu mereka datang

 

Nama saya Sya'ban, saya ingin m`gingatkn bahaw jiran saya iaitu Ramadhan akan datang m`gunjungi kita x lama lagi b`sama isterinya iaitu Rezki & kedua2 anaknya iaitu Sahur & Iftar.

 

 

Mereka akan ditemani oleh ketiga3 cucunya iaitu Rahmat,Barakat & Keampunan.Mereka akan pulg selepas 30hari menaiki Eid Airlines,hargai mrk & kita akan mendapat berkat.

 

 

Semoga Ramadhan m`jadi titik perubahn dn p`sediaan m`hadapi mati dan mahsyar. I`Allah. 

 

.Ahlan wa sahlan ya ramadhan.